Kini Telah Ada Peta Minda Yang Membantu Anak-anak Anda Mempelajari, Menyemak dan Menghafal Pelajaran Sains UPSR dan PT3 Mereka Dengan Mudah dan Pantas!!

SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat ‘A’ dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

“Mind Map” atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk “Basic Needs”, satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat

Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.

Kata-kunci dan rajah-kunci

Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut.

Label huruf dan nombor serta gambar

Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan kerana ia telah di”peta”kan ke dalam fikiran anda.

Sila lihat video di bawah dari Kelab Pelajar Cemerlang mengenai peta minda.

PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak 5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan seterus akan saya hasilkan.

Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan “zoom” memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.

KELEBIHAN PETA MINDA

Dalam Pembelajaran

Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat

Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan Keseluruhan

Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.

Dalam Berfikir

Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang

Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas

Dalam Berkomunikasi

Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.

DAPATKANNYA SEKARANG SUPAYA ANAK ANDA SUDAH BOLEH MULA MENGULANGKAJI!

Senarai Buku

TESTIMONI

4.8
5/5
Penilaian Purata Pelanggan
Assalamualaikum.. Peta minda kimia tingkatan 5 sudah siap ke belum? Seronok dan senang guna peta minda kima tingkatan 4. Pelajar saya senang faham dan saya tidak perlu reso nota banyak-banyak. Saya dah tak sabar nak tunggu tingkatan 5 pulak.
Cikgu Merani Razak
Guru Kimia
Assalamualaikum Tuan, terima kasih kerana berkat usaha saya membaca dan memahami teks e-book dengan mendalam yang tuan jual, saya berjaya memperoleh A dalam subjek Sains PMR 2012. E-book tuan amat membantu..
Nur Syahirah Laham
A - Sains PMR 2012
E-Book UPSR dahulu telah membantu anak saya mendapat 5A. Moga PMR tahun ini dapat capai 9A. Insya Allah... Terima kasih
En. Mohd Albunai Bin Karis
Bapa
Saya adalah salah seorang pengguna E-Book Peta Minda Sains UPSR. Ianya sangat sesuai dan berguna bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR kerana ia mudah digunakan(user friendly) untuk mengingati fakta dan ulangkaji sebelum peperiksaan. Bagi saya cara penyampaian (presentation) serta susunan faktanya sangat baik dan pembelajaran saya menjadi lebih mudah. Hasilnya saya telah berjaya mendapat A dalam Matapelajaran Sains UPSR. InsyaAllah kawan-kawan di luar sana tidak akan rugi membeli E-Book Peta Minda ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang menerbitkan E-Book ini
Nurul Izzati
5A - UPSR 2009

KELEBIHAN PETA MINDA